About

RSS

KAUNSELOR???


Saban hari manusia melalui kehidupan menempuh berbagai dugaan dan masalah proses kehidupan secara langsung memerlukan kawalan  emosi dan semangat yang kuat. Kaunseling adalah salah satu neukleus ataupun pemangkin kepada kestabilan emosi dan pencetus kepada anjakan pradigma individu ataupun kumpulan. Kaunseling yang baik datangnya daripada kaunselor yang bitara dan berintegriti. Bagi umat manusia rasul-rasul diturunkan antara sebabnya adalah sebagai guru kaunseling yang baik. Ini kerana pembinaan emosi yang baik dan tepat hanya dapat dicapai melalui didikan Allah melalui perantaraan rasul-rasulNya.
        Jika kita kembali kepada sejarah yang lama,manusia telah mendapatkan pertolongan daripada insan yang bermurah hati untuk memberi layanan istimewa kepada mereka yang menghadapi masalah dan pelbagai kerumitan hidup. Jika dilihat,semasa perang dunia pertama,tentera-tentera dan mangsa peperangan hidup dalam keadaan tertekan serta dibelenggu oleh kesempitan hidup dan kesihatan fizikal dan batin. Maka,asas teori kaunseling dan bimbingan wujud supaya dapat mengenali dan memahami individu ke arah wawasan psikologikal.   

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

hakeemahrahman said...

kaunseling~ aplikasikan sebaiknya! bittaufiq <3

nurul hidayu said...

like ur post!
kaunseling itu utk yg ada pnddknnya..
TP menolong & mmbantu tu prlu ada dlm setiap dri indvdu =)

Post a Comment