About

RSS

Terima Kasih Ibu... (Mama)

 
IBU
Setiap aliran darahku engkau mampu meneka
Setiap dengupan jantungku engkau dapat
Merasa
Ketika aku
Sedih
Gembira
Gelisah
Nalurimu bagaikan sebati dengan jiwaku

Ketika aku sedih
Kaulah pengubat duka laraku
Menceriakan wajahku
Menghakis perasaan yang meluntur
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau turut berkongsi
Kegembiraan terserlah saat menatangku
Keceriaan terpancar kala menatapku
Tiada engkau dan ayah
Tiadalah aku

Pabila gelisah menyelubungi atmaku
Engkau sentiasa bersamaku
Memberi jalan penyelesaian
Masalah yang tak sudah-sudah
Mengusutkan perjalanan hidupku
Membuat fikiranku buntu
Lidah jadi kelu

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku senantiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga usia
Menginjak tua

Ibu
Ku tahu kasih sayang kucurahkan buatmu
Tiada terbanding kasih sayang seorang ibu
Buat anaknya
Sahutlah panggilanku
Sambutlah tangan anakmu
Terimalah keikhlasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia sepertimu 
              Teringt kembali kenangan semasa sem 4...ketika itu aku ambik ko-k Asasmu (Angkatan Sasterawan Muda)...anyway,,,sajak ni,,aku persembahkan ketika projek atau tugasan akhir pementasan Asasmu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment